PERKEMBANGAN SEKOLAH
Pada ketika itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut (SMKJ) merupakan satu-satunya sekolah menengah penuh yang berada di daerah Jerantut sebelum munculnya Sekolah Menengah Padang Saujana dan Sekolah Menengah Temin. Jadi, sekolah ini boleh dikatakan sebuah sekolah yang menerima palajar-palajar tamat pelajaran sekolah rendah dari semua sekolah rendah di daerah Jerantut. Ketika itu, bilangan pelajar-palajar di sekolah ini mencapai 1170 orang dan kini bilangan pelajar mencapai 1408 orang. Pertambahan pelajar juga disebabkan pengambilan peserta baru dalam rancangan FELDA. Sekolah ini ketika itu mempunyai 53 orang guru dan kini pula mencapai sekurang-kurangnya 100 orang guru.
Lambang sekolah dicipta ketika En. Abu Hassan Shukor menjadi pengetua. Motto sekolah ialah ‘Maju Terus Maju’ dan masih digunakan sehingga sekarang. Dari motto inilah kemudian En. Ng Chee Sang mencipta lagu sekolah. Senikata lagu ‘Maju Terus Maju’ dicipta oleh En. Ng Chee Sang dan En. Mohd Khalib A.M. Yusof. Rangsangan sekolah ‘Saya Mesti Jaya’ pula dihasilkan semasa En. Nordin Kayat menjadi pengetua.
Pada tahun 1999, nama ‘Sekolah Menengah Jerantut’ telah ditukarkan kepada ‘Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut’. Pengetua ketika itu ialah Tuan Haji Abas Abdul Rahman.
Sehingga kini, jika dikira secara rasmi berdasarkan penubuhannya di satu lokasi yang tetap, Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut telah berusia 42 tahun dan telah dipimpim oleh 15 pengetua sehingga tahun ini.